Teater Sri Mersing, ok secara official nyer ini lah kali permata menjadi penonton teater :D (alamak jakun x) hehe ini atas ajakan auntie sabrina mule2 nak tgk berdua jer so kami dah set date nak tgk jumaat malam, sekali hamek sampai 9org, Auntie Sabrina, Pak Cik Zalee, Mama, Baba, Asil, Aca, Adik, Mak Auntie Sbrina n Me. Seriously my 1st impression is Wow it's superb fantastic! teruja dgn cara pementasan teater dilakonkan dengan segala prop yg disediakan mmg best!
And btw Teater ni dilakonkan di Stadium Tertutup MPJBT bukan Istana Budaya hahaha so don't put so much expectation yerrr..but it's still cool ;) ade la a few artis yang aku kenal antaranya Elly Mazlin, Rozie Othman (yekot name dia) dgn ade sorang lg yg berlakon citer dunia ANITA dia pon ade jgk..
Seronok jgk tgk cerita2 sejarah Mersing ni atleast taw jugak kisah dolu2 yg asek tgk kat TV part yg aku sgt suke time last sekali time nyanyi2 & pantun rase nostalgia btol mcm zaman dolu2 hihi
Mase ni teringat sangat mase zaman kolej, pernah jgk join teater PGL sweet time before final year kalau xsilap semua classmate join..miss that time so much
Kami-Kami yg terhibur!
Opsss Ade jugakkk!
Pantun Lagu Sri Mersing
Seri Mersing lagulah Melayu
Dikarang oleh biduan dahulu
Hatiku rungsing bertambah pilu
Mengenang nasib untung diriku
Dikarang oleh biduan dahulu
Hatiku rungsing bertambah pilu
Mengenang nasib untung diriku
Tidaklah boleh selandak padi
Sekamlah juga ditumbuk luluh
Tidak boleh kehendak hati
Kehendak Allah juga yang sungguh
Sekamlah juga ditumbuk luluh
Tidak boleh kehendak hati
Kehendak Allah juga yang sungguh
Tidaklah boleh dikenang-kenang
Airmataku jatuh berlinang
Karam dilaut boleh kurenang
Karamlah di hati bila nak senang?
Airmataku jatuh berlinang
Karam dilaut boleh kurenang
Karamlah di hati bila nak senang?
Pagi-pagi pergi ke sawah
Hendak ditajak pokok mengkudu
Luka ditangan nampak berdarah
Luka dihati siapa yang tahu?
Hendak ditajak pokok mengkudu
Luka ditangan nampak berdarah
Luka dihati siapa yang tahu?
Asal kapas menjadi benang
Dari benang menjadi kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak yang lain
Dari benang menjadi kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak yang lain
No comments:
Post a Comment